Sunday, January 29, 2012

kita yang bernama manusia

di mana mau mula?

saya menghadapi beberapa dugaan hidup baru-baru ini. dulu saya bisa kongsi semua rasa di dalam blog ini. Namun kejadian-kejadian tersebut buat saya tersedar bahawa tidak semua ekspresi perasaan mampu di hadapi dan diterima oleh sesetengah orang. tidak semua kejujuran dan kebenaran yang kita cuba keluarkan dari dalam hati yang paling ikhlas mampu di handle oleh sesetengah orang.

terkadang sememangnya mungkin kita harus jadi orang yang hipokrit untuk orang-orang yang sebegitu. ya mungkin jelas ego-ego mereka tidak mampu hadapi kejujuran,kekuatan dan keteguhan prinsip hidup kita.

bagi pihak diri sendiri sememangnya khilaf ada di setiap sudut diri. dan mungkin juga saya terkhilaf membenarkan diri menyayangi dan mempercayai seseorang dengan begitu mudah. saya mengaku saya salah. saya hanyut seketika dengan keadaan.

pengajaran paling pahit itu telah saya hadapi walau saya sangat goyah ketika menghadapinya. dan suara-suara kecil dari dalam hati selalu beri kata-kata negatif yang membawa kepada sebuah perbalahan dalaman emosi yang tidak berkesudahan. ia membuat saya down. down giler-giler. pada ketika itu saya berharap ada seseorang yang boleh bawa saya pergi dari semua itu. kemudian seketika saya terfikir, yang dapat menolong diri saya adalah saya sendiri. kenapa harapkan orang lain?.kerana yang berperang dengan emosi dan yang dapat menjernihkan kembali emosi saya ialah diri saya sendiri.orang-orang itu hanya mahu membuat saya jatuh lebih dalam lagi.

saya ada tuhan, ada keluarga dan kawan-kawan yang sayangkan saya. saya bersyukur untuk itu.

ya kawan, musuh memang ada di mana-mana.termasuklah suara-suara kecil dalam hati kita itu.jadi setiap kali suara itu berbunyi, saya mula beristighfar. ia mampu menghalang dari saya hilang fokus dengan apa saja pekerjaan yang saya sedang lakukan.

syukur juga di masa down itu saya menghadirkan diri untuk 2 buah seminar/training yang sedikit sebanyak membantu memotivasikan diri.

dugaan ini umpama wake up call. maybe saya terlalu selesa dengan keadaan hidup saya. saya tak pernah terfikir ada orang yang akan khianati saya sebegini. mungkin juga ini hukuman atas dosa-dosa yang tidak saya sedar.

saya terima ini dengan pasrah. saya mesti menghadapi dugaan apa pun dengan lebih bersedia. saya mesti boleh berjaya untuk diri sendiri dan orang-orang yang menyayangi saya. saya tahu saya mampu lakukannya dengan hebat. tunggulah..kejayaan saya itu datang dengan bergaya sekali.

doa saya, semoga kita semua berjaya dunia dan akhirat. aminn